top of page

KENALI KAMI

Seorang Remisier profesional dan pemegang Dual License (Saham/Futures) dari Securities Commission dan juga seorang Certified Chartist MSTA-UK yang mempunyai lebih daripada 2000 portfolio pelanggan, minat mendalam Tn Ridzuan Ibrahim terhadap pasaran saham bermula sedari awal usia remaja ekoran ibu dan bapa beliau yang bekerja di Bank Negara sering berkongsi ilmu dan maklumat tentang dunia ekonomi, perniagaan, dan pasaran saham.

​

Cambahan minat itu kian mekar apabila pada tahun 1995, Tn Ridzuan memulakan tugas sebagai seorang wakil peniaga di TA Securities Holdings Bhd. Kini beliau merupakan seorang broker saham serta dagangan hadapan (futures) dan remisier sepenuh masa di sebuah broker tempatan.

Tahun 1996 merupakan tahun yang begitu bermakna bagi Tn Ridzuan hasil aktiviti dagangan pasaran saham dan pasaran hadapan. Namun begitu, langit tidak selalunya cerah. Tahun berikutnya, 1997, telah menjadi tahun yang benar-benar menguji daya tahan beliau kerana terpaksa berhadapan dengan kerugian yang teruk akibat daripada kehilangan seluruh keuntungan tersebut.

​

Hanya selepas lapan tahun kemudian Tn Ridzuan mampu untuk bangkit semula daripada kegagalan lalu. Kegagalan tersebut sesungguhnya telah memberikan inspirasi kepada beliau untuk menghasilkan sistem dan teknik dagangan saham yang unik dan tersendiri.

​

Dalam hal ini, sebagai seorang jurulatih Saham dan FCPO profesional dengan pengalaman lebih dua dekad, rekod Tuan Ridzuan telah terbukti mampu membantu para pelabur menjana keuntungan sehingga enam angka dalam pasaran hadapan. Semenjak tahun 2012 sehingga kini, terdapat lebih daripada 1000 orang pelabur yang telah dibimbing oleh beliau dan mereka telah berjaya menjana pendapatan lumayan secara konsisten.

VISI KAMI

Menajamkan skil dengan menjadikan anda pelabur dan “Trader“ yang lebih berilmu sekaligus mempelajari ilmu dan skil yang boleh diguna pakai melangkaui instrumen lain seperti futures, pasaran saham dalam dan luar negara,. Anda juga akan memperolehi tunjuk ajar dan bimbingan secara “1 on 1“ daripada pakar industri yang akan membantu para pelabur meningkatkan keyakinan dalam membuat keputusan dan tindakan yang betul.

​

Selain itu coaching percuma akan sentiasa diberikan sama ada berjumpa untuk "1 on 1" coaching atau melalui Whatsapp dan Telegram Channel RI Analytics. Anda juga akan dibimbing sampai bila-bila (Life Time Support) selagi akaun masih aktif dengan Tn Ridzuan Ibrahim, boleh datang coaching sekerap yang anda mampu tapi wajib membuat appointment terlebih dahulu. Ada 3 teknik atau strategi yang akan diajar iaitu teknik LEJEN, teknik BODO dan teknik EWP.

bottom of page