KLCI | Resurgence Continue or Pull The Brake??
Tajuk macam gempak je kan bahasa omputeh, haha. Disini saya nak kupas sedikit berkenaan KLCI, jangkaan projection saya semasa jatuh selepas GE14 dan sekarang rebound yang cukup sensasi dimana KLCI melakukan kenaikan selama 9 hari berturut-turut sebelum membuat koreksi. . Saya akan kekal membuat penerangan atas konteks teknikal analisis iaitu bidang saya, perkara-perkara lain seperti politik atau ekonomi semasa tidak akan menjadi faktor atas analisis saya ini. . Carta yang saya kongsi ini adalah berdasarkan kepada carta satu jam dimana jika anda lihat (garisan hijau) dimana KLCI melakukan penurunan selepas GE14, ramai mengatakan kajatuhan ini agak " extreme" dimana KLCI jatuh daripada paras 1896 mata ke paras terendah sekitar 1657 mata. . Kejatuhan sebanyak +/- 239 mata!! Adakah kejatyhan menggila 239 mata? tidak sama sekali dimana kejatuhan kali ini dilihat agak "lembut" dan beradab. GArisan hijau kejatuhan ini adalah kombinasi teori EW dan Fractal projection yang saya gunakan. . Sekarang perkara utama adalah KLCI belum ada tanda-tanda kuat untuk melakukan koreksi atau "pullback". Buat masa ini KLCI berada di kawasan 50:50 iaitu mampu sambung lonjakan keatas atau melakukan penurunan. . Senario pertama, rujuk chart garisan merah KLCI berpotensi untuk naik sekitar 1788, 1812 atau paras "extreme" iaitu "resistance confluence area" sekitar 1850 +/- sebelum kembali terjun membuat pembetulan. Senario kedua pula pada paras sekarang KLCI juga berpotensi jatuh ke paras sokongan 1727, 1717 atau paras sokongan kuat sekitar 1690 mata. . Kalau saya ikut kiraan asas EW "projection" KLCI ada potensi sambung kenaikan ke 1788 mata paling minima dan jika masih ada "fuel" tak mustahil paras 1812 mata boleh dicapai. Penurunan dari paras sekarang 23 July 2018 hanya akan terjadi jika paras sokongan terdekat iaitu 1749 mata gagal bertahan. .
Berbalik kepada tajuk "Resurgence Continue", adakah ini akan terus berlaku, adakah KLCI akan mampu terus melonjak ke paras sebelum GE14 sekitar bulan Mei 2018 iaitu 1890 +/- mata? Ingin sekali tidak mustahil dalam masa terdekat tapi saya bercakap berlandaskan analisa teknikal saya dan bukan agak-agak atau "hearsay" ataupun bercakap apa yang majoriti suka dengar. Sekali lagi saya katakan bahawa selagi KLCI kekal diatas 1600 mata tone positif atau bullish KLCI kekal. Unjuran atau target saya sejak awal tahun 2018 adalah KLCI akan mencuba mencapai 2000 mata paling kurang dan target maksima saya adalah 2250 mata. Tetapi ia mustahil untuk tercapai tahun ini.
.
"Pull The Brake", berdasarkan carta dan analisa teknikal KLCI sedang berada didalam teritori tone positif dan analisa "bearish" hanya boleh dibuat apabila paras 1600 mata gagal bertahan. Adakah pemberhentian beramai-ramai direktor Khazanah Malaysia yang diketuai oleh Tan Sri Azman Mokhtar akan menganggu pasaran? Hanya masa yang akan menentukan ke arah mana KLCI akan pergi.
Akhir kata, sebagai "trader" atau "investor" ingat mantra ini ~
"INVESTING IS A MARATHON, NOT A SPRINT" .
.
RI (MSTA-UK) Equity & Futures Broker Remisier~CFBR
Webpage --> https://ridzuanibrahim.wixsite.com/freecoachingsahamcpo
Whatsapp --> www.wasap.my/601135652025
Youtube Channel --> https://www.youtube.com/channel/UCawH7C-OeOi7To9tuHI14Tw
*hubungi PA sy melalui whatsapp atau email terus dari webpage utk maklumat lanjut berkenaan sesi FREE coaching.
#FreeCoachingSaham #FreeCoachingFcpo #FreeCoachingGold #FreeCoachingCrudeOil #FreeCoachingSbo #FreeCoachingFKLI #23YearStillGoingStrong #LifeTimeSupport