top of page

JStock FREE Scanner | #lejen Bullish Bias | 11-15 Mac 2019.


. . Ini adalah senarai saham berpotensi (bullish bias ) yang saya kongsikan Ahad 10/3/2019 minggu lepas kepada follower grup RI Analytics Saham, peratusan saham-saham yang boleh mencipta untung adalah sangat tinggi. . Strategi untuk scanning yang digunakan adalah strategi #lejen yang sudah saya gunakan lebih 20 tahun lamanya, anda juga boleh scan sendiri secara PERCUMA sahaja tanpa perlu menunggu perkongsian saya, tapi jika faktor malas main peranan jangan risau saya tetap akan kongsikan tiap hujung minggu saham-saham berpotensi untuk minggu mendatang. . Tugas anda hanya perlu kaji saham yang anda minat sahaja. Menggunakan platform RHB Tradesmart anda tak perlu untuk duduk menunggu depan screen laptop atau handphone untuk masukkan order bila harga entry tercapai, anda hanya perlu guna "advantage" yang ada pada platform RHB Tradesmart iaitu dengan menggunakan "conditional order" iaitu "STOP LIMIT ORDER" untuk masukkan BUY, SELL mahupun CUTLOSS anda boleh rujuk video di Youtube channel saya disini.

--> https://www.youtube.com/watch?v=99Yscsukk-I&t=44s . Berbalik kepada saham-saham "bullish bias" yang saya kongsi, untuk minggu kedua bulan Mac (11 hingga 15 Mac 2019).

Dari senarai ini ada 42 saham berpotensi "bullish bias"

- 33 saham naik daripada harga penutup Jumaat 8/3/2019 dengan peratusan saham yang naik dan anda gerenti buat untung adalah 78.6% (warna hijau)

- 4 saham masih 50/50 dimana naik sangat minima dan cutloss belum hit (warna kuning)

- 4 lagi saham confirm loss apabila paras support pecah dan cutloss hit!! (warna merah)

- 1 saham agak unik iaitu Permaju dimana harga naik awal untuk potensi untung 3 bid atau 0.015 sen, jika tidak mengambil untung yang muncul harga jatuh dan menembusi support dan cutloss hit, tetapi selepas cutloss hit harga kembali melantun dan mencecah paras 0.45 (hijau, kuning, merah semua ada)

- rujuk excel spreadsheet (y) untuk lebih jelas atau anda lihat dan kaji sendiri saham yang saya kongsi minggu lepas dengan menggunakan carta anda sendiri (CHART/PRICE NEVER LIES) . Antara cara mudah jika anda serba-serbi taktau@malas, anda hanya perlu masuk pada harga penutup Jumaat, lihat carta dan pastikan paras "support" yakni "exit point" jika trade tak menjadi, dan jangkaan profit anda sendiri tentukan nak berapa "BID" atau berapa sen yang anda mahu. Jika anda kaki 1-2 bid punya trader "see money, take it" , agenda untuk berdagang dalam masa kontra sahaja iaitu Isnin hingga Jumaat (t+4), jika entry saham pilihan muncul pada hari Khamis dan target profit belum tercapai boleh aje carry forward minggu lagi satu, tapi jika boleh jangan simpan terlalu lama, strategi digalakkan untuk kontra (t+4 sahaja) . Nak apa lagi dengan ratio saham yang naik adalah sebanyak 78.6%, jika anda berminat untuk mendapatkan coding/script strategi #lejen menggunakan JStock secara PERCUMA boleh rujuk butiran dibawah, terima kasih :) . . . Saya memberikan servis coaching Saham PERCUMA kepada mereka yang berminat untuk mendalami ilmu saham dari asas saham, financial/fundamental analisis sehingga teknikal analisis asas sehingga ke advance, trading setup menggunakan strategi #lejen dan #bodo juga dikongsi. Syarat wajib perlu ada akaun Saham dengan RHBIB dibawah saya beserta deposit (sebagai komitmen) untuk mendapatkan sesi coaching private 1-on-1 tanpa had tanpa yuran dan juga potensi masuk grup telegram tertutup RI Analytics Saham. . Maklumat lanjut ada dibawah, terima kasih (y)

. . . Ridzuan Ibrahim (RI) Equity & Futures Broker Dual License Remisier (CMSRL) Certified Chartist (MSTA-UK) (MATA-MY) . Webpage --> https://ridzuanibrahim.wixsite.com/freecoachingsahamcpo . Whatsapp --> www.wasap.my/601135652025 . Youtube Channel --> https://www.youtube.com/channel/UCawH7C-OeOi7To9tuHI14Tw . *hubungi PA sy melalui whatsapp atau email terus dari webpage utk maklumat lanjut berkenaan sesi FREE coaching. .

*barang free jangan ingat tak power (y)


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page